Habitat dan ekologi Graptemys_nigrinoda

Kura-kura ini dikatakan aktif pada permulaan April hingga penghujung November.[5] Rutin hidupnya dipenuhi aktiviti berjemur pada awal pagi sehingga senja.[5][7] Aktiviti berjemur boleh mengurangkan pembiakan parasit dan algae yang tumbuh pada badannya.[7]

Mereka akan segera masuk ke dalam air apabila didekati, mencari rekahan-rekahan kayu dan celah batu di dasar air.[8] Kebanyakan kawasan habitat dipilih dikelilingi pasir dan tanah liat.[4] Manakala anak-kura-kura memilih tempat air tenang sebagai habitat.[3]

Haiwan ini juga menjadikan kumbang dan pepatung yang jatuh ke dalam air sebagai makanan.[7] Selepas beberapa kajian terhadap kura-kura jantan dan betina, Lahanas[5] mendapati terdapat pebezaan peratusan bahan makanan antara kedua-dua jantina. Secara kasar, kura-kura jantan memilih 58% bahan makanan dari haiwan dan 40% tumbuh-tumbuhan, manakala betina memilih 70% bahan dari haiwan dan 29% tumbuh-tumbuhan. Antara tiga sumber utama makanan yang datang dari haiwan ialah span, bryozoa, dan moluska. Tumbuh-tumbuhan pula adalah dari jenis algae.

Kura-kura jantan mencapai kematangan seksual sekitar 3–4 tahun manakala betina pula 7–8 tahun. Kura-kura betina boleh bertelur dalam tiga hingga empat kali setahun dan sarang telur yang dibina biasanya memuatkan lima biji telur.[3] Proses pembinaan sarang bermula dari bulan Mei hingga Ogos di kawasan-kawasan berpasir.[5] Spesies ini juga menjadikan serangga sebagai makanan.[4]

Rujukan

WikiPedia: Graptemys_nigrinoda http://www.graptemys.com/gnigrinodanigrinoda.htm http://reptile-database.reptarium.cz/species.php?g... http://www.cnah.org/pdf_files/851.pdf http://www.irmng.org/aphia.php?p=taxdetails&id=113... http://www.iucn-tftsg.org/wp-content/uploads/file/... http://www.iucn-tftsg.org/wp-content/uploads/file/... http://www.iucnredlist.org/search/details.php/9502... http://www.marinespecies.org/aphia.php?p=taxdetail... https://www.itis.gov/servlet/SingleRpt/SingleRpt?s... https://www.ncbi.nlm.nih.gov/Taxonomy/Browser/wwwt...